Zailarn....4~eva

Zailarn....4~eva

Sunday, 22 January 2012

Jodoh ^_^

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.


“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah."


“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,”


“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Saturday, 14 January 2012

ErtiiinYa???

orang yg hanya bergantung pada takdir menunggu jodoh... contohnya... "biarla.. jodoh itu Allah tentukan.. "

iya sama seperti orang yg kuat berangan2 nak kaya tapi xmau usaha bekerja...

sama lorr.. orang yg cuma berharap Allah temukan jodohnya tapi dia tidak berusaha...

Sudah semua org tahu.. selagi kita hidup di atas muka bumi ini.. kita perlu berusaha utk mendapatkan sesuatu.. xkira apa skli pun..

1. kalau nak pandai... cukup ke minta Doa je??? boleh pandai ke??? ustaz2 pun dh sebut.. kena usaha.. kena baca buku, kena ulangkaji plajaran.. stelah yakin dgn usaha.. di iringi doa pulak.. baru Allah perkenankan.

2. kalau nk kaya.. kena bekerja, dr hasil yg halal. d samping kita berdoa.. baru Allah izinkn kita menjadi kaya

3. Kalau nak kawen.. kita kena tahu cara mencari calon yg Allah suruh macam mn.. yg Rasulullah sunnah kn pula macam mn.. di samping itu kita doakan supaya Allah temukan kita jodoh yg terbaik..
kalau kita dah ada calon, dah berdoa tp akhirnya dia bukan milik kita.. itu baru kita berserah pada jodoh.. mgkin dia bukan jodoh kita..


TAPI...

sekiranya kita dah pun belajar, dah baca buku, dah usaha utk sungguh2 n juga dah berdoa, tp kita masih belum cukup pndai.
sekiranya kita dah pun kerja keras n tidak pula lupa berdoa n melakukan ibadah2 wajib. masih juga belum kaya..
sekiranya kita dah pun berusaha mencari calon .. turut juga berdoa tp jodoh tidak juga berpihak pada kita....

janganlah anda berputus asa.. sebab!!! sememangnya kita sebagai hamba Allah, sebagai umat Muhammad dan sbagai pengikut imam Syafie' di larang sama sekali mempunyai sikap BERPUTUS ASA.
mungkin Dia tidak perkenankn  doa kita sbb ia akan mendatangkn masalah pada kita @ Dia masih ingin menguji betapa kuat iman kita.. betapa patuh kita pada suruhanNya..


Saya juga pernah berusaha, pernah kecewa pernah merana.. tapi sy masih terus mencuba.. mencuba utk mendapatkan yg terbaik.. tp kalau sudah dia bukan milik saya.. saya sentiasa redha.. yang penting saya tetap berusaha... ^^

Jika kita yakin dgnnya.. kita sampaikn hasrat kita, kita berusaha medekati hati dia dan terus selami perasaan dia, di samping itu kita berdoa jika dia jodoh kita. permudahkan lah, jika tidak, hanya padaMu Ya Allah aku berserah kerana hanya Engkau maha mengetahui. Maha Besar.

Mama pernah berpesan.. kalau org selalu mngelak bila kita bicarakan soal hati itu salah satu petanda dia bukan milik kita.. Allah tidak membuka hati dia utk kita, jadi kita tidak perlu memaksanya dan usaha kita adalah mencari calon jodoh yg lain.. pasti dgn usaha kita mencari itu kita akan bertemu dgn jodoh kita yg akan Allah perkenankan doa2 kita..

Wanita ingin mememilih suami :-
1. Mesti solat 5 waktu sentiasa menjadi tabiatnya, hobinya,..
2. Seorang yg bertanggungjawab (tanggungjawab nih besar ertinya, dlm 1 perkataan ini juga terhimpun dgn pelbagai kebaikan, cnthnya, lelaki yg punya tanggjwb pasti dia seorang yg beriman, dan segala tangjwb dia sbg ketua kluarg psti tidak akn terabai. jika anda mengenali hati lelaki yg punya tangjwb yg tinggi, dekatilah dia, n cuba lah merebut hatinya -jgn rebut hak org dah le- pasti rumah tangga anda penuh kebahagiaan dan keberkatan)lelaki yg punya tgjwb msti beriman, yg beriman msti penuh kasih syg, yg punya kasih syg msti punya cnta, yg punya cinta msti ada keikhlasan, yg iklas mesti Allah redho.. ^^

Lelaki yg mencari calon isteri :-
1. dah terang2 tertulis.. yg d suruh adalah,..
pandang pada AGAMAnya, KETURUNANnya, KECANTIKANnya dan KEKAYAANnya << jelas kan???



Tapi paling pnting,, sekiranya kita boleh menerima dia seadanya,,, kita juga pasti boleh mengubah dia dr keburukan kepada kebaikan... merubah sifat seseorang itu besar pahalanya