Zailarn....4~eva

Zailarn....4~eva

Thursday, 30 December 2010

sEkadAr rEnunGan bErsaMa :)

alkisah pasal seorg perempuan (gurl).
berasal dr keluarga yg sederhana.. membesar seperti sahabat2nya yang lain..
tetapi.. terpaksa mengakhiri zaman bujangnya dlm kadaan yg amat memilukan..

kerana keluarga perintahkan dia supaya berkahwin..
dia menurut sahaja kemahuan ke dua org tuanya..
tetapi... perkahwinan itu... perkahwinan itu tidak membahagiakan..
penderitaan gurl dari mula berkahwin.. sehingga lah berpisah..
teramat perit..
pada awal perkahwinannya.. mereka telah bermasalah.. tetapi si "gurl" berdiam diri.
tidak langsung bersuarakan masalah yang dilaluinya..

tetapi, berlainan pula suaminya.. suaminya selalu berceritakan masalah mereka kepada org tua di kedua2 belah pihak.. semua yang di ceritakan hanyalah keburukan isterinya.. tetapi si isteri.. tetap berdiam diri walaupun dia tahu suaminya berceritakan keburukannya.

org tua di kedua2 belah pihak mempercayai si suami kerana si isteri berdiam diri. jadi dorg igt.. "diam 2 bersalah la 2.. 2 sbb diam je.. xberani nk ckp apa2"
padahal.. si isteri xnk bersuara sebab xnak nnt ibu n ayahnya rasa bersalah dgn mengahwinkan dia dgn si suami yg sebegitu..

si isteri masih mempertahankan perkahwinannya..
tapi... apabila satu ketika.. dia di marahi oleh ibunya sendiri.. kerana dia tidak mengikut suami..

kata si isteri "ibu,sy bukan tidak mahu mengikutnya,tetapi sy xsanggup lg berbuat demikian.. mengikut hanya sekadar kasihan.. hati sy tiada bersamanya lagi.. semuanya telah hancur berkecai.."
si ibu terkejut lalu bertanya dgn pnuh kasih seorg ibu..

"knp? xbhgia? ada masalah?.. cuba cerita.."
dari situ.. si isteri menceritakan satu persatu kejadian yg berlaku..
dari awal perkahwinan..si suami telah pun mempunyai org lain.. yg sanggup pulak sehidup semati dgn gadis tersebut..
jika dia mahu semati dgn gadis itu, knp dia kahwini sy ibu?
si ibu terdiam.. lalu si isteri menceritakan lg..

pada waktu malam ketika si suami tido nyenyak.. tp si isteri tidak dapat lelapkn mata, seperti dapat merasakan sesuatu.. n ianya benar.. pada waktu tengah malam HP si suami berbunyi tanda masuknya SMS. si isteri beranikan diri membuka kerana di HP suaminya tertera nama seorg perempuan.. bila di bukanya.. ht si isteri luruh.. lemah longlai terasa.. hancur bekecai kehidupannya..

kemudian dia trus bersabar.. sebagai isteri.. dia fikir hanya 1.. kebahagiaan suaminya.. tp knp suami tidak memikirkan kebahagiaanya?
ketika suami tiada wang utk pergi kerja.. si isteri berikan wangnya.. walaupun si isteri sndiri hanya tinggal sejumlah itu sahaja utk di buat belanja..
si isteri cuba memupuk kasih antara mereka.. kerana perkahwinan mereka bukan lah atas nama cinta..mereka berkahwin kerana terpaksa..
tetapi semuanya terbatas.. semuanya telah di rosakan oleh suami sendiri.. hidup si isteri merana.. sengsara.. derita.. walaupun hidupnya di iringi dengan senyuman..

kenapa kau tersenyum wahai wanita? hati mu derita tiada yang tahu kecuali Allah S.W.T. hati wanita yang cekal.. walaupun kehidupan di iringi penderitaan.. tp dia tetap tersenyum utk menutup segala penderitaannya..

setelah si isteri menceritakan semuanya.. si ibu terdiam. dan rs bersalah krna selama ini dia menyalahkan anknya sahaja.. tanpa bertanyakan terlebih dahulu.. si ibu terlalu percaya pada menantunya..

walaupun begitu.. si isteri berkata pd ibunya. " ibu, sy mohon, ibu jgn mencampuri masalah rumah tangga sy.. biar sy n suami selesaikan bersama"

si ibu menurut kemahuan puterinya.. tetapi d suatu hari.. ibu si suami bersuara masalah ank nya kepada ibu si isteri.. n ibu si suami berkata.. ingin ke rumah ibu si isteri untuk meleraikan masalah mereka..

si ibu hanya menurut.. ibu si isteri menjmput mereka datang.. maka, hadir lah ibu bapa si suami beserta suami juga.. perjumpaan itu tidak mendamaikan.. tetapi lebih mngeruhkan.. tiada kekusutan yg terlerai.. tetapi makin berbelit..

akhirnya.. perkahwinan itu berakhir dgn perpisahan.. tetapi.. perpisahan yg amat perit..
si isteri di tinggalkan tanpa penceraian.. tanpa sebarang nafkah.. si suami meninggalkan isteri begitu sahaja.. si isteri tidak mahu terus menerus menanggung dosa dgn cara itu.. lalu si isteri ingin kan penceraian..

bila si isteri failkan penceraian itu, si suami pulak tidak mahu menceraikan isterinya dgn baik, tetapi meminta pula si isteri membayar sejumlah wang sekiranya inginkan penceraian..
beginikah sifat seorang suami/lelaki? sungguh dayus seorg lelaki berlakukan sedemikian..

suami yang hanya fikirkan diri sendiri.. mahukan wang hantaran di kembalikan? adakah suami boleh kembalikan DARA isterinya? si suami ini seorang yang tidak punya pegangan agama yang kuat.. kerana dia tidak dapat menerima Qada dan Qadar yang telah di catatkan utknya.. sudah jodohnya setakat itu.. terima lah dengan redha..
tiba2 satu hari keluarga si suami ingin membuat 1 perjumpaan di antara keluarga. setelah d persetujui tarikh.
ibu bapa si isteri pergi utk bertemu mereka.. tetapi si suami dengan sifat ego n kurang hajarnya.. semasa ibu si isteri bercakap, si suami mencelah (cakap jangan ego sangat) patut kah seorang ank menantu berkata begitu pada org tua @ mertuanya?

sepatutnya ketika org tua berbincang...budak2 diam lah.. dengar perbincangan itu.. kalau diajukan soalan.. baik.. boleh bersuara dan menjawab.. ini tidak.. dengan kurang hajarnya mencelah.. macam 2 punya manusia pn wujud..

setelah berbincang.. keluarga si suami mahukan semua barang2 kemas(hadiah perkahwinan,beserta rantai MAS KAWEN) dan juga wang berjumlah RM4000.
brg MAS KAWEN pn nk.. kalau si isteri xizin.. haram si suami s*** itu menggunakannya..
bodoh kn manusia?? xde AGAMA barangkali.. pengetahuan 2 cetek@xdak langsung kot.. kesian.. sia2 je bertahun2 hidup atas muka bumi yg amat permai ni.. dok malaysia...negara aman.. bila2 masa boleh belajar pasal agak.. tp xnk guna peluang yang ada.. siot jerk!! xnk terima ketentuan kn.. hurmm...

InsyaAllah ada yg terbaik akan dtg lg.. tp.. manusia itu singkat akal fikirannya..

apabila kejadian itu berlaku.. ibu n bapa si isteri amat kesal dengan tindakan mereka mengahwinkan puteri mereka dgn org tersebut..

oleh itu.. di sini.. marilah sama2 kita renungkan.. jangan anda berfikir berkahwin itu mudah..(sekiranya anda punya ank gadis)jgn fikir pilihan anda sudah tepat utk ank gdis anda..

jangan biarkan anak gadis anda yg telah anda besarkan dengan penuh kasih sayang.. menderita dengan keinginan anda sendri..-end-

Friday, 24 December 2010

Sejarah Dalam Hidup Aku...

pada 23 dec, aku telah menjadi penjamin kepada dua org mangsa yang tidak bersalah..mangsa yang teraniaya...
kesiankan..aku tolong jg..walaupun aku tahu risikonya tinggi..
sbb aku tahu kedua insan tersebut tidak bersalah..

ni kali pertama aku menjamin org..
tp knp kes ni terlalu berat? sampaikn penjamin pun bermasalah kalau pesalah buat masalah?
adaka plak kalau pesalah bermasalah, waran tangkap akan d keluarkan utk aku sekali?
hish.. xpatut la.. takut aku nih.. kang xpasal2 aku tido pagar besi.. bergelang besi?? owh tidak!!!

takut betul nak tunggu saat budak2 nih d jatuhkan hukuman.. sungguh2 aku takut.. harap2 budak2 nih xda la apa2..
bebudak... korang jgn buat hal.. kang xpasal2 aku bermasalah...

Saturday, 18 December 2010

indahnya d satu hari..

17 dec 2010

aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 23.. hihi.. tahun nih lain dr biasa.. hadiah yg aku dapat pun lumayan.. huhu.. alhamdulillah.. rezki.. :D
mama aku buat majlis sket.. mkn2.. sume sedara mara datang.. best.. hihi.. meriah sgt rumah aku waktu 2,, dan seperti biasa... upacara sakat mnyakat mesti ada..
ape lagi.. mmg riuh la.. hik2..


indahnya hidup bila mempunyai keluarga yg cukup lengkap n sporrrtinggg habiss beb............ huhu..

u ol'ss nk thu ape hdiah yg aku dpt??
yg paling besar adalah.... jeng..je..jeng,.. hand phone nokia xpressmusic 5800
yg kedua... contact lense 3 pasang.. perhh... huhu.. warna2 lagi...
terima kasih sgt2 kepada yang memberi.. :D

Alhamdulillah.. setelah aku meningkat umo nih.. kehidupan aku makin sempurna.. walaupun ada lagi segelintir masalah yg belum selesai..
tp aku merasakan seperti Allah telah kurniakan aku kehidupan yg cukup sempurna.. :) bersyukur padaMu Ya Allah..
setelah dugaan demi dugaan menimpa aku.. akhirnya.. aku peroleh kebahagiaan yg berganda.. Allah maha Adil.. :)
syukur kerana Allah telah pertemukan aku dgn insan2 yg cukup baik.. dengan kehadiran mereka.. hidup aku bertambah ceria..

kini aku berbangga.. punya kuarga yg terbaik...
punya teman2 yg membanggakan..
punya insan yg baik hati..
punya kawan2 yg ikhlas berkawan..

seronoknyaaaa... indahnya dunia MU Ya Allah