Zailarn....4~eva

Zailarn....4~eva

Sunday, 28 March 2010

aKu bUkan unTuk Mu...




Kehadiranmu membawa ketenangan dan kebahagian buatku. Tetapi mungkin janjiku untuk tidak meninggalkanmu terpaksa ku kuburkan, kerana...... kerana..... aku bukan untukmu... Tiada puyuh yang hina didarat mampu seiring bersama helang yang megah di udara...

Sekiranya aku perlu pergi dari hidupmu, Redhalah sayang... Aku bukan untuk mu... Insan hina sepertiku tidak layak bersamamu untuk mengharungi dugaan dan segala cabaran di dunia ini..

Jika kau dapat menerima aku seadanya aku,sekekurangannya diriku ini, aku bersyukur... Tetapi aku sedar sayang... Aku bukan untukmu... Insan sehina aku selalu dipandang hina oleh insan-insan lain.. Walaupun begitu hidup tetap ku teruskan demi kedua ibu bapa ku yang selalu memberi dorongan untuk aku terus yakin dengan kehidupanku... Bukan ku pohon semua ini berlaku ke atas diri ku, bukan mahu ku hidup sebegini.. Tapi ini lah dugaan untuk aku di dunia ini yang perlu ku harungi seorang diri...

Aku sentiasa berdoa semoga kau dapat apa yang kau hajati, dan bertemu pasangan yang seiring dengan mu.. kau terlalu baik,hanya yang terbaik untuk orang2 yang baik seperti mu.. Aku bukan untuk mu sayang.. Aku perlu mengundur diri untuk memberi peluang kepada insan yang lebih sempurna hidupnya untuk mendekati dirimu sayang... aku redha dengan ketentuannya, walaupun cinta ku begitu tinggi terhadapmu.. Maafkan aku sekiranya melukai hati mu sayang, aku juga turut terluka..
Menatap potretmu, membuatkan hatiku ibarat di cincang halus pedihnya..lukanya hati ini..Mataku pula dengan pantasnya mengeluarkan butir permata berharga yang selalu di simpan dan di jaga supaya ianya kekal di dalamnya... Maafkan aku sayang..! aku teramat merindui dirimu...

Aku berterima kasih diatas kesudian mu bersama ku, menyintai dan menyayangi ku.. walaupun hanya sementara...walaupun AKU BUKAN UNTUK MU.. Tetapi cintaku tetap akan bersamamu sayang! Walaupun kau tidak lagi bersamaku.. Aku tetap akan menyayangi mu n tetap akan menyintaimu untuk selamanya... Tiada insan lain yang mampu bertakhta di hatiku selain dirimu.. Hanya kau yang ku sayang.. hanya kau yang ku cintai..
HIDUP KU INDAH DENGAN CINTAMU,
HATIKU TENANG DENGAN KASIHMU,
JIWA KU BERBUNGA DENGAN BELAIAN INDAH PERIBADIMU,
DUNIAKU BERSINAR SEJAK KAU HADIR DIDALAMNYA.


TERIMA KASIH SAYANG!!!


Akan ku simpan segala kasih sayangmu yang tinggi..
Belaian manjamu yang mampu menjatuhkan aku..
Pertuturan mu indah membuatkan aku terpaut..
Budi baikmu akan ku simpan,akan ku kenang selamanya...
Hanya dirimu bertakhta di hatiku..
Walaupun aku bukan untukmu lagi...
Aku tetap akan menyintaimu dan menyayangimu sehingga ke akhir hayatku..

ITU JANJI KU SAYANG!!!.....